Intensif Ramadan 2026 – Fahami Surah al-Qadr, Belajar Ikut Masa Sendiri

🎥 Akses Segera Selepas Daftar  |  Belajar Ikut Masa Sendiri  |  📱 Group Support Aktif Hingga 31 Mei 2026  |  ⚠️ Tempat Terhad

Program Rakaman Eksklusif — Ramadan 2026
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Fahami Setiap Perkataan
Surah al-Qadr Ikut Masa Sendiri
Walaupun Anda Pernah Cuba Berkali-Kali & Gagal

Program nahu Bahasa Arab dalam bentuk video rakaman + Group Support aktif — direka khas untuk golongan dewasa 40 tahun ke atas. Belajar perlahan-lahan, berperingkat, terus dari ayat al-Quran. Tiada tekanan, tiada jadual ketat. Belajar bila anda sedia, tanya bila ada soalan.

Ya, Saya Mahu Daftar Sekarang →

Group Support Aktif Hingga 31 Mei 2026  •  Akses Rakaman Segera

16+1Video Rakaman
15Modul Asas
SelfPaced — Ikut Masa Sendiri
31 MeiGroup Support Aktif
Macam mana ia berfungsi?

Cara Program Ini Dijalankan

🗺️ Perjalanan Anda Dari Daftar Hingga Faham

💳 Daftar &
Bayar RM57
📱 Dimasukkan ke
Group WhatsApp
🎥 Akses 16 Video
Rakaman
💬 Tanya Soalan
Dalam Group
🌙 Faham Surah
al-Qadr
📅
Group Support Aktif Hingga 31 Mei 2026 Anda mempunyai masa yang cukup untuk habiskan semua modul dan tanya sebarang soalan.
Adakah ini kisah anda?

Sudah Berapa Kali Anda Berkata,
"Tahun Ni Aku Nak Faham al-Quran"?

"Umur saya dah dekat 60 tahun. Pernah juga cuba nak belajar nahu sebelum ni. Pergi kelas hujung minggu, tengok YouTube, beli buku tebal-tebal. Tapi bila tiba bulan Ramadan, saya masih lagi baca Surah al-Qadr waktu solat Terawih tanpa betul-betul faham maknanya. Rasa sedih sangat, macam ada dinding kaca antara saya dengan al-Quran. Nampak, tapi tak dapat rasa..."

Sibuk? Tiada Masalah. Belajar Ikut Jadual Sendiri.

Semua modul tersedia dalam bentuk video rakaman. Anda bebas menonton bila-bila masa — pagi, petang, malam, atau waktu rehat tengah hari. Ulang tengok berapa kali pun, tiada had.

Luahan ini bukan datang dari seorang sahaja. Ini adalah perasaan ramai daripada kita yang sudah mencuba bermacam-macam cara, tapi masih rasa jauh dan terputus hubungan bila membaca kalam Allah.

Cuba bayangkan kalau Ramadan kali ini berbeza. Bayangkan anda membaca ayat dari Surah al-Qadr dan anda mula faham setiap satu perkataan yang dilafazkan. Anda tahu kenapa Allah susun ayat tu macam tu. Bukan sebab anda hafal terjemahan, tapi sebab anda betul-betul faham nahu ayat tersebut.

Itulah matlamat utama Program Intensif Ramadan 2026 ini untuk anda.

Kenapa selalu gagal?

Sebenarnya Ini Bukan Salah Anda.
Mungkin Kaedah Pembelajaran Sebelum Ini Kurang Sesuai.

Sebelum anda salahkan diri sendiri, cuba kita semak dulu. Betul ke cara belajar sebelum ini kena dengan jiwa dan gaya hidup kita sebagai orang dewasa?

  • Kursus terlalu singkat. Habis belajar semua benda dalam 2–3 hari saja. Otak kita dah berumur, memang perlukan masa untuk serap maklumat perlahan-lahan.
  • Contoh yang tak ambil dari al-Quran. Bila kita belajar nahu tapi guna contoh ayat biasa, susah nak kekalkan semangat sebab kita tak nampak kaitannya dengan ibadah harian.
  • Cikgu ajar terlalu laju. Banyak guna istilah teknikal sampai kita rasa diri ni macam tak pandai, padahal bukan itu isunya.
  • Sukar nak ingat sebab tak ada ulang kaji. Hari ni belajar faham, esok dah lupa. Mana tidaknya, tak ada sistem ulang kaji yang betul untuk kuatkan ingatan.
  • Tak ada tempat nak bertanya bila keliru. Belajar seorang diri dari video biasa, bila ada soalan tak tahu nak tanya siapa. Kekeliruan tu bertimbun tanpa terjawab.
  • Terlalu banyak teori tapi kurang praktikal. Waktu tengok video rasa macam faham, tapi bila buka muka surat al-Quran dekat rumah, terus buntu tak tahu nak mula dari mana.

Setiap kali Ramadan berlalu, rasa ralat tu makin kuat, kan? Bukan sebab tak nak usaha. Dah macam-macam ikhtiar rasanya. Cuma anda belum jumpa lagi cara yang betul-betul mesra dengan orang dewasa yang sibuk tapi semangat nak belajar agama tu masih tinggi. Insha-Allah, Ramadan 2026 ini boleh jadi titik permulaan baru buat anda.

Siapa pengajar anda?

Kenali Pengajar Anda, Ustaz Adam.
Beliau Sangat Memahami Cabaran Anda.

Ustaz Adam bukan sekadar seorang guru nahu. Beliau sudah terbiasa membimbing pelajar-pelajar dewasa yang sebelum ini pernah rasa putus asa, dan membantu mereka bangkit semula.

Foto Ustaz Muhammad Adam Luqman bin Mazlan
Ust. Muhammad Adam Luqman bin Mazlan
Pengajar Bahasa Arab & Pakar Nahu & Sarf
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab & Komunikasi dari USIM
Kini melanjutkan pengajian Sarjana Komunikasi Arab di USIM
Berpengalaman sebagai Tutor Nahu & Sarf di Maahad Muhammadi Lelaki
Pernah berkhidmat sebagai Tutor Program Miftah di USIM
Guru Bahasa Arab di Arab Mikro Centre sejak tahun 2013
Pengalaman mengajar pelbagai lapisan masyarakat selama lebih 10 tahun
Pakar dalam menyediakan modul mesra visual dan nota berstruktur khusus untuk bantu golongan dewasa yang perlukan lebih masa untuk faham.

Apa kelainan Ustaz Adam? Beliau faham sangat yang minda orang dewasa ni tak sama macam budak-budak sekolah. Video-video beliau tidak tergesa-gesa. Setiap konsep diterangkan dengan jelas menggunakan contoh terus dari al-Quran, dan kalau anda masih keliru, boleh tanya beliau melalui Group Support.

Penyelesaian yang anda tunggu

Memperkenalkan
Program Intensif Ramadan 2026

Program nahu Bahasa Arab dalam format rakaman video + group support. Direka khusus dan mesra pelajar dewasa. Belajar ikut kadar sendiri, analisis terus dari Surah al-Qadr, ada guru untuk ditanya bila keliru.

16 Video Rakaman  •  15 Modul Asas  •  1 Surah al-Qadr
Dari Sifar Hingga Analisis Penuh — Belajar Ikut Masa Sendiri

Sifar asas Arab? Tiada masalah. Kita mulakan belajar pelan-pelan dari kosong.

Apa yang anda pelajari

15 Modul Yang Sistematik,
Dari Asas Hingga Analisis Penuh Surah al-Qadr

Setiap video rakaman mengandungi penerangan terperinci, nota slide lengkap, flashcard visual dan latihan analisis kendiri. Anda boleh ulang tonton bila-bila masa yang diperlukan.

📦 Setiap Modul Mengandungi:

🎥Video penerangan berstruktur (±15 rakaman)
📄Nota slide lengkap (PDF)
🃏Flashcard visual ringkas (A4 landscape)
✏️Latihan analisis kendiri

3 Fasa Pembelajaran Anda (Dari Asas Sampai Boleh Menganalisis)

⬡ Fasa 1: Asas Struktur Bahasa Arab

Modul 1 – 5
  • Modul 1: Tiga jenis perkataan — Isim, Fi'il & Huruf
  • Modul 2: Cara mengenal pasti Isim (tanpa bergantung kamus)
  • Modul 3: Ayat bermula dengan nama — Jumlah Ismiyyah (Mubtada' & Khabar)
  • Modul 4: Ayat bermula dengan perbuatan — Jumlah Fi'liyyah (Fi'il & Fa'il)
  • Modul 5: Dhamir — kata ganti yang berdiri sendiri atau melekat pada perkataan
✅ Hasil: Boleh lihat struktur asas ayat dengan yakin

⬡ Fasa 2: Struktur Tambahan Dalam Ayat

Modul 6 – 10
  • Modul 6: Maf'ul Bih — objek dalam ayat perbuatan
  • Modul 7: Huruf Jar & Isim Majrur (في، من، إلى)
  • Modul 8: Perkataan penegasan إِنَّ dan kesannya pada ayat
  • Modul 9: Struktur soalan retorik — وَمَا أَدْرَاكَ dalam ayat kedua
  • Modul 10: Struktur perbandingan — خَيْرٌ مِنْ dalam ayat ketiga
✅ Hasil: Faham fungsi unsur tambahan dalam ayat

⬡ Fasa 3: Analisis Lengkap Surah al-Qadr

Modul 11 – 15 + Penutup
  • Modul 11: Analisis penuh Ayat 1 — gabungkan semua ilmu dalam satu ayat
  • Modul 12: Analisis penuh Ayat 2 — soalan retorik & struktur nama
  • Modul 13: Analisis penuh Ayat 3 — perbandingan, Mubtada', Khabar & Tafdhil
  • Modul 14: Analisis penuh Ayat 4 — fi'il, pelaku, keterangan tempat & cara
  • Modul 15: Analisis penuh Ayat 5 & struktur keseluruhan surah dari ayat 1 hingga 5
  • +1 Video Penutup: Sesi rumusan & hala tuju pembelajaran anda seterusnya
✅ Hasil: Boleh baca Surah al-Qadr dengan memahami struktur penuh setiap ayat
  • Belajar Ikut Masa Sendiri. Tiada Jadual Ketat.

    Tak kira la anda masih bekerja pejabat, sibuk uruskan bisnes, atau perlu melayan cucu di rumah — buka video bila anda ada masa lapang. Tengah malam pun boleh. Tiada sesiapa yang akan ketinggal kerana ini bukan kelas live.

  • Group WhatsApp Support — Tanya Bila Keliru

    Bukan sekadar video tanpa sokongan. Anda disertakan dalam Group WhatsApp eksklusif peserta. Bila ada soalan berkaitan modul, tanya terus dalam group. Ustaz Adam dan admin sedia membantu.

  • Belajar Terus Dari al-Quran. Kita Tak Pakai Contoh Rekaan.

    Semua konsep nahu diterangkan menggunakan ayat dari Surah al-Qadr. Baru belajar terus nampak praktikalnya dalam kalam Allah. Motivasi anda susah nak pudar dengan cara ini.

  • Ulang Tonton Tanpa Had. Sampai Betul-betul Faham.

    Ada bahagian yang kurang jelas? Rewind dan tonton semula. Otak orang dewasa memang perlukan pengulangan untuk ilmu tu melekat. Dengan video rakaman, anda bebas ulang kali yang ke-5 pun tiada siapa kisah.

Kata mereka yang sudah merasanya

Mereka Pun Pernah Rasa Sama Macam Anda.
Mari Lihat Apa Yang Berubah Pada Diri Mereka.

"Umur makcik dah nak masuk 60 tahun, rasa macam dah give up nak belajar Bahasa Arab masa mula-mula tu. Tapi rupanya Ustaz Adam ajar dengan cara yang makcik tak pernah jumpa. Sangat perlahan, cukup sabar. Kalau makcik tanya dalam group pun dia jawab elok-elok sampai makcik betul-betul faham. Buat pertama kalinya, makcik rasa makcik boleh buat benda ni."

Rohani bt. Ismail
Kuala Lumpur  •  58 tahun  •  Pesara

"Saya ni pensyarah. Agak kekok sikit bila tiba-tiba jadi student balik. Tapi bila tengok cara Ustaz Adam bawa video, penerangan terus pakai contoh ayat al-Quran, ia terus tangkap minat saya. Tak meleret. Kena sangat dengan selera saya. Alhamdulillah, sekarang bila baca Surah al-Qadr, tak payah jeling terjemahan lagi dah."

Ahmad Fadzil bin Hamdan
Selangor  •  47 tahun  •  Pensyarah

"Daya ingatan saya memang dah tak kuat macam zaman muda-muda dulu. Tapi saya perasan ada flashcard dan latihan dalam setiap modul tu tersangatlah membantu. Rasa seolah-olah program ni dicipta khusus sebab diorang faham masalah orang seusia saya. Tak sangka seronok sangat belajar agama macam ni pada umur sekarang."

Faridah bt. Othman
Johor Bahru  •  62 tahun  •  Surirumah

"Saya kerja shift, mulanya risau sangat tak boleh belajar ikut jadual. Tapi bila tahu format dia rakaman, terus lega. Boleh tonton ikut masa sendiri. Yang best sekali boleh tanya dalam group kalau ada yang tak faham. Program ni betul-betul faham keperluan orang yang hidup sibuk. Sangat-sangat berbaloi!"

Mohd Hafizi bin Razak
Pulau Pinang  •  44 tahun  •  Jururawat
Semua yang anda perolehi

Tengok Pakej Lengkap Yang Anda Akan Dapat
Sekiranya Anda Mendaftar Hari Ini

Program Intensif Ramadan 2026
Pakej Rakaman + Group Support Untuk Pelajar Dewasa

Akses terus. Belajar ikut masa sendiri. Sokongan penuh hingga 31 Mei 2026.

  • 16 Video Rakaman Berstruktur — 15 Modul Asas + 1 Video Penutup Rumusan, setiap satu ±60 minit penerangan penuh.
  • 16 Set Nota Slide Lengkap (PDF) — mudah dibaca, kemas & seronok nak rujuk semula pada bila-bila masa.
  • Flashcard Visual Ringkas setiap modul — format A4 landscape, senang nak print atau simpan dalam telefon.
  • Latihan Analisis Kendiri bagi setiap modul untuk kuatkan kefahaman selepas menonton video.
  • Akses Group WhatsApp Eksklusif Peserta — tempat anda tanya soalan, dapat bahan tambahan & ikuti sesi live support Ustaz Adam.
  • Sesi Live Support Dalam Group — Ustaz Adam akan ada dalam group untuk jawab soalan dan hurai kekeliruan modul.
  • Akses Penuh Hingga 31 Mei 2026 — masa yang cukup untuk anda habiskan semua modul dan buat ulang kaji tanpa tergesa-gesa.
  • Ulang Tonton Tanpa Had — Tonton semua 16 video berapa kali yang anda mahu. Tiada had akses.
Pelaburan terbaik Ramadan ini

Nilai Sebenar Program Ini RM1,104.
Tapi Kami Tawarkan Dengan Hanya RM57.

Secara puratanya, seorang tutor nahu yang berpengalaman 10 tahun akan meletakkan yuran pengajian antara RM80 hingga RM120 sejam. Bayangkan kalau dikira untuk 16 sesi video ±60 minit, nilai pelaburan asalnya boleh mencecah sehingga RM1,920. Itu belum masuk kos nota, flashcard, akses group dan sokongan langsung dari pengajar. Tapi dengan program Ramadan ini, anda boleh menikmati semua ini dalam satu yuran pendaftaran yang jauh lebih mampu milik.

Harga Pendaftaran Awal (Terhad)
Nilai Sebenar Pakej: RM597
RM57
Bayar sekali sahaja  •  Tiada kos tersembunyi  •  Tiada komitmen yuran bulanan
  • 16 Video Rakaman × RM30 per videoRM480
  • Nota Slide, Flashcard & Latihan (16 Set)RM160
  • Akses Group WhatsApp + Live SupportRM147
  • 3 Bonus Tambahan PercumaRM147
  • Nilai Terkumpul KeseluruhanRM934
Sahkan Pendaftaran Saya Sekarang Klik di sini untuk buat pilihan dan pembayaran
Hadiah percuma untuk anda

Daftar Hari Ini Dan Terima
3 Bonus Istimewa Secara Percuma (Bernilai RM147)

1

Buku Panduan Mini Glosari Nahu Surah al-Qadr (PDF)

Segala istilah nahu yang ada dalam Surah al-Qadr dihimpunkan dalam satu dokumen ringkas. Penerangan dalam bahasa paling mudah, ada contoh dan tunjukkan cara nak pakai. Memang sedap simpan untuk buat panduan rujukan akan datang.

Bernilai RM47
2

Set 15 Lembaran Latihan Harian (Worksheet)

Untuk bagi ilmu tu lagi melekat, setiap modul disertakan lembaran kerja pendek. Jawapan akan dibincangkan dalam Group WhatsApp secara santai. Cara begini memang terbukti paling laju berkesan untuk otak orang dewasa.

Bernilai RM67
3

Akses Group Support Aktif Hingga 31 Mei — Tanya Sampai Puas

Selagi group masih aktif hingga 31 Mei, anda bebas bertanya apa saja soalan berkaitan modul. Tiada soalan yang dianggap remeh atau kelakar. Ustaz Adam dan admin sedia membantu anda sampai betul-betul faham.

Bernilai RM33
Tiada risiko langsung

Masuk Dulu Untuk 7 Hari.
Kalau Tak Suka, Kami Pulangkan Semula Wang Anda.

7 Hari Wang Kembali

Ini Janji Kepuasan Daripada Pihak Kami

Kami berani cakap program ini berbeza sebab kami sangat yakin dengan kualitinya. Kami pelawa anda cuba tonton 3–4 video modul terawal dahulu. Nilai sendiri cara Ustaz Adam hurai konsep dan lihat bahan yang diberikan. Jika ditakdirkan lepas 7 hari tu anda rasa cara ini tak ngam dengan jiwa anda, cuma perlu maklumkan pihak kami. Kami akan refund yuran sebanyak 100% kepada anda.

Kami takkan tanya banyak soalan, tiada borang meleret dan tiada drama menyusahkan. Anda memang takde langsung risiko kerugian untuk mencuba.

Soalan penting untuk anda fikirkan

Sebab Apa Kena Mula Ramadan Ini?
Kenapa Bukan Tahun Hadapan?

Selalu sangat kita tertipu dengan janji manis "nanti dululah, tahun depan kita buat." Cuba lihat 4 benda ni.

  • 1
    Masa Dan Umur Tak Pernah Menunggu. Hargailah Ramadan Ini Sebagai Hadiah Paling Bermakna.

    Makin bertambah angka usia makin payah sikit kepala nak tangkap pelajaran baru. Baik mulakan gerak kerja sekarang masa masih kuat, daripada asyik bertangguh sampailah angka 40 bertukar jadi 60.

  • 2
    Biasanya Alasan "Tahun Depan" Tu Tak Menjadi Pun Kesudahannya.

    Kata-kata "nanti la dulu" ni dah selalu sangat digunakan Ramadan-Ramadan lepas. Sebenarnya tu hanyalah alasan untuk sedapkan hati sendiri bila rasa belum sedia. Terus terang saja, anda tahu jawapan sebenar ada pada diri sendiri.

  • 3
    Group Support Ditutup 31 Mei. Lepas Tu Anda Belajar Tanpa Sokongan.

    Group WhatsApp peserta hanya aktif hingga 31 Mei 2026. Daftar sekarang bermakna anda mendapat akses penuh kepada sokongan Ustaz Adam. Tunggu terlalu lama, tempat habis atau harga berubah.

  • 4
    Harga RM57 Ini Tidak Akan Kekal Selamanya.

    Harga ini kami sediakan untuk yang paling awal mengambil tempat. Kalau kapasiti pendaftaran dah padat atau tarikh group hampir tutup, kemungkinan harga asal dikembalikan sangatlah tinggi. Buat je keputusan sebelum terlepas peluang ini.

Mudah & Selamat

Cara Mendaftar Sangat Mudah.
Ikut 3 Langkah Ringkas Ini Sahaja.

Sistem pendaftaran kami 100% di hujung jari. Laman web ini dijamin selamat dan prosesnya siap dalam masa kurang dari 5 minit.

1
Pilih Pakej & Bayar

Tekan butang daftar dan pilih pakej Intensif Ramadan 2026. Bayaran dibuat sekali sahaja melalui FPX, kad debit atau e-wallet.

2
Isi Nombor WhatsApp Aktif

Pastikan nombor WhatsApp yang diisi adalah betul dan aktif. Admin akan gunakan nombor ini untuk masukkan anda ke dalam Group eksklusif peserta secara manual.

3
Akses Video & Mulakan Belajar

Dalam masa 24 jam, anda akan diterima masuk ke dalam group. Semua link video, nota dan bahan akan dikongsi terus dalam group tersebut.

Nota penting selepas bayaran berjaya: Admin bertugas akan masukkan anda ke dalam Group WhatsApp Eksklusif Peserta dalam masa 24 jam. Di sinilah semua link video, nota slide, flashcard dan bahan akan dikongsi. Anda juga boleh bertanya soalan dan ikuti sesi live support Ustaz Adam melalui group ini.

⚠️ PENTING: Anda akan dimasukkan ke group secara manual. Pastikan nombor WhatsApp yang didaftarkan adalah aktif dan betul. Nombor yang salah atau tidak aktif akan melambatkan proses anda mendapat akses.

Masih ragu-ragu?

Jawapan Kepada Persoalan Anda (FAQ)

Boleh ke saya masuk program ni kalau belum ada asas nahu Bahasa Arab?

Boleh sangat. Program ini memang dibina dari sifar. Asal saja anda reti mengeja dan baca tulisan Arab al-Quran sikit-sikit, itu pun dah cukup kelayakan. Modul 1 bermula dari paling asas iaitu mengenal jenis-jenis perkataan.

Format program ini macam mana? Live ke rakaman?

Format program ini adalah rakaman video (self-paced). Anda mendapat 16 video rakaman yang boleh ditonton bila-bila masa ikut keselesaan sendiri. Selain itu, anda akan dimasukkan ke dalam Group WhatsApp eksklusif peserta di mana Ustaz Adam akan ada untuk sesi live support dan menjawab soalan berkaitan modul.

Sampai bila saya boleh akses group dan bahan pembelajaran?

Group WhatsApp peserta aktif dan terbuka hingga 31 Mei 2026. Dalam tempoh itu, anda bebas menonton video, bertanya dalam group, dan mendapat sokongan penuh dari Ustaz Adam serta admin. Pastikan anda habiskan semua modul sebelum tarikh tutup.

Macam mana saya akan dapat akses selepas bayar?

Selepas pembayaran disahkan, admin akan masukkan anda ke dalam Group WhatsApp Eksklusif Peserta dalam masa 24 jam. Semua link video, nota slide, flashcard dan bahan akan dikongsi terus dalam group tersebut. Itulah sebabnya nombor WhatsApp yang betul dan aktif sangat penting semasa mendaftar.

Adakah saya kena install software khas untuk tonton video?

Tidak perlu. Video boleh ditonton terus dari telefon atau komputer melalui pautan yang dikongsi dalam group. Tiada software mahal yang perlu dipasang atau dilanggan.

Boleh dapat nota dan bahan dalam bentuk fizikal yang dicetak?

Bahan edaran adalah dalam format PDF digital beresolusi tinggi. Boleh akses dari telefon pada bila-bila masa. Jika mahu, anda boleh mencetak sendiri di rumah atau di kedai cetak mengikut keperluan dan keselesaan anda.

Betul ke program ni boleh dapat pemulangan wang balik seratus peratus?

Ya. Dengan syarat berikan ruang tonton 3–4 video modul terawal dahulu. Kalau lepas 7 hari tu rasa cara penyampaian tak "masuk", maklumkan pihak kami selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh pendaftaran untuk mendapatkan tuntutan pemulangan 100%.

⚠️ Sekadar Peringatan Ikhlas Sebelum Anda Tutup Web Ini

Cuba fikirkan kembali, 5 tahun dari sekarang mungkinkah anda merintih keluhan yang sama tiap kali membaca Surah al-Qadr ketika sujud? Nak faham dengan lebih jitu dan merasai kemanisannya, atau berpuas hati dengan senario hari ini? Group support ini ditutup 31 Mei. Janganlah menunggu hingga peluang ini berlalu begitu saja.

Luahan dari hati tenaga pengajar

Assalamualaikum kepada sahabat seagama yang amat saya hormati.

Saya teramat mengerti dengan jerit perih anda. Sudah ramai golongan pelajar dewasa yang hadir dengan muka sedikit pudar harapannya sebab berulangkali diuji masalah gagal memahami tatabahasa. Saya perhati sendiri wajah-wajah muram yang rindu dengan ilmu tuhan — dan dengan cara pengajaran yang betul, insya-Allah mampu ubah senyuman yang terukir menjadi mekar bercahaya semula.

Bayangkan betapa besarnya makna perumpamaan Allah yang menurunkan kalam malam seribu bulannya itu. Berita bersejarah ini wajar dihayati di tahap rohani paling dalam kerana Allah tak letakkan sebarang kalimah berharga dalam ayat itu secara kebetulan atau sia-sia.

Dalam program ini, saya dah siapkan segala yang anda perlukan — 16 video yang boleh anda tonton ikut masa sendiri, nota yang kemas, flashcard yang mudah diingat, dan saya ada dalam group sampai 31 Mei untuk jawab soalan anda. Anda tidak akan berjuang seorang diri.

Muhammad Adam Luqman bin Mazlan
Pengajar Bahasa Arab & Pakar Nahu & Sarf

P.S. Penawaran pada yuran RM57 adalah harga pendaftaran awal (Early Bird). Harga pakej secara automatik ditamatkan sekiranya kuota tempat mencecah sasaran habis dan akan kembali kepada harga RM97. Daftar hari ini sebelum terlepas.

P.P.S. Ingat semula Jaminan Wang Dikembalikan Sepenuhnya 7 Hari — anda masuk dulu, cuba tonton beberapa modul, dan kalau tak sesuai kami pulangkan 100% tanpa drama. Tiada risiko langsung untuk anda mencuba.

P.P.P.S. Group support ditutup 31 Mei 2026. Selepas itu anda masih ada video, tetapi tidak lagi boleh tanya terus kepada Ustaz Adam dalam group. Daftar sekarang, manfaatkan sokongan penuh selagi group masih aktif. Klik sini untuk sahkan pendaftaran anda →

Tiba masanya buat keputusan

Bulan Ramadan Ini, Anda Boleh Mulakan Langkah Baru
Memahami Tiap Patah Perkataan Dari Al-Quran.

16 video rakaman. 15 modul tersusun. Group support aktif hingga 31 Mei. Belajar ikut masa sendiri, tanya bila keliru, faham Surah al-Qadr sebelum Ramadan ini berakhir.

Sahkan Pendaftaran Saya — RM57 Sahaja Akses segera + Dimasukkan ke Group WhatsApp dalam 24 jam

7 Hari Wang Kembali  •  Bayar Sekali Sahaja  •  Group Aktif Hingga 31 Mei

Intensif Ramadan 2026

Payment Method (Select one option)

Pay with online banking Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam GO and more banks from Malaysia via FPX.

Pay with Malaysia online banking & e-wallet (Grab, Setel, Boost, Touch n Go and more) via DuitNow QR.

Pay with Visa/Mastercard credit card account issued by Malaysia local banks.

Subtotal: RM 7.00
Total Amount: RM 7.00
Your payment is secured & encrypted
Pastikan nombor telefon mempunyai whatsapp untuk kami hubungi. RM1.00 adalah termasuk caj transaksi. Terima kasih atas sokongan anda.
| |
© 2026 Muhammad Adam Luqman Bin Mazlan